Institut Sains Makmal Perubatan Malaysia (MIMLS) merupakan sebuah organisasi yang dianggotai oleh Juruteknologi Makmal Perubatan diseluruh Malaysia. Setiap tahun, organisasi ini akan mengadakan persidangan di mana persidangan tersebut membincangkan maklumat dan teknolonogi terkini yang melibatkan bidang kerja makmal perubatan. Pada tahun ini, MIMLS mengadakan persidangan buat kali Ke-20 yang akan diadakan pada 22 oktober 2009 - 24 oktober 2009 bertempat di CROWNE PLAZA MUTIARA, Kuala Lumpur.
0 comments:
Post a Comment